Sunday, April 23, 2017

Monolog 2: Aku Berdoa...

Aku berdoa..

Aku berdoa agar... aku mempunyai seseorang untuk bercakap ketika aku gembira.

Aku berdoa agar... aku mempunyai seseorang untuk meluahkan perasaan ketika sedih.

Aku berdoa agar... aku merupakan sumber kekuatan bagi seseorang, ketika dia berada di tahap paling bawah aku menjadi tiang untuk dirinya berpaut.

Aku berdoa agar... ketika ini, di saat ini ada seseorang sedang merinduiku, mungkin juga sedang mendoakan agar dirinya dan diriku untuk dipertemukan.

Aku berdoa agar... penantianku tidak lama. Aku tahu, perkahwinan bukan jalan pintas kepada kesunyian. Barangkali selepas berkahwin masih juga sunyi, namun aku tak perlu makan seorang diri lagi.

Aku lelah apabila pulang ke rumah selepas kerja, salamku tidak terjawab. Aku terlupa aku tidak punya sesiapa untuk menjawab salam itu.

Aku akan terus berdoa... kerana Allah mendengar rintihan hambaNya yang meminta-minta padanya. 

No comments: